Latar Belakang

Sejarah

Arkib Afiq merupakan satu usaha untuk mengumpul dan menyiarkan segala hasil produksi video daripada Nusantara/MN Productions sepanjang saya menuntut di Kolej DPAH Abdillah dari tahun 2003 hinggalah 2007, dan juga hasil produksi saya selepas itu. Dalam halaman ini, segala koleksi video mulai tahun 2005 (tahun bermulanya produksi ditubuhkan) hingga kini akan dipamerkan untuk tatapan umum, khasnya kepada pelajar yang menuntut di Kolej sekitar tahun 2003-2007 yang ingin mengimbau kembali kenangan silam.
Kolej dalam kenangan.

Antara krew yang pernah menganggotai dan membantu badan produksi dari 2005-2007:

Muhammad Afiq
Ajmal Asraff
Firdaus Julaihi
Fauzan Asyraf

Kini

Nama Arkib Afiq telah diangkat sebagai sebuah badan produksi yang diberi nama © Arkib Afiq Productions pada tahun 2011 dalam usaha untuk menghidupkan semula badan produksi yang telah lama menyepi sejak sekian lama. Walaupun telah menghasilkan video tanpa badan produksi yang rasmi sebelum ini setelah pembubaran Nusantara Productions, © Arkib Afiq Productions akan terus menghasilkan video-video terkini khas untuk tatapan semua.

Kesemua video yang diterbitkan selepas tahun 2007 adalah di bawah nama © Arkib Afiq Productions.

Logo © Arkib Afiq Productions

akan datang